27 October 2008


~:GEraKLANGkahKu:~

UDaah Hampir SelesAi SyawaL , aku masih dengan diri aku seperti dahulu,
aazam untuk BerubaH entah pergimana janji2 ku dengan niat baik HatI Ku.
Kucuba GerakkaN KAki LanGkaHku Agar ia tidak SongSang daN moga Ia BEtambah baiK utk MenGhAdApi Hari Esok.
MogA taRiKh 30hb ni MengJdi TitiK loNcAtan Untk ku MengISlaHkan Diri,
Tapi Kenapa TunggU tariKh terTentu Utk BerubAh?
Kenapa TidaK SKrg, HAri ini, Minit INi, SaaT InI?
Hurm...
Aku BerdoA diSetiAp SOlatku Moga UmuRku Dipnjgkan Krna PahaLa Ku yaAg tiKa ini TidAk Dpt MenamPunG DOsa ku yg Bertmbah Dri Hari Kehari Ya Allah, BukakanlAH HaTi KU,
Moga HatiKU ni SentiaSA MEngingatiMu dAn MerInDUimu,
MOga deNgan MerinDUiMu ku Dpt TenanG dlm MenghAdAPi MasaLah yg SentiAsa MenimpAku.

~~@AminYaRAbbalAlamin@~~

13 August 2008



Ramadhanku Kali Ini


Allahumma Baarikillah fi Syahri Ramadhan ( Ya Allah berkatilah Ramadhanku kali ini” Ramadhan menjelang tidak lama lagi, aku masih seperti aku dahulu, tidak mahu berubah biarlah berkarung2 nasihat telah diberikan oleh sahabat, teman serta rakan seperjuang. Kenapakah aku tidak tergerak lagi untuk berubah kepada takok yang lebih baik lagi. aku rindukan kehidupan pengajian aku ketika belajar Maudoodi Institut…belajar di suasana yang tenang, jauh dari maksiat dan macam-macam lagi yang bisa mengganggu fikiran dewasa ku. Kerana itu sentiasa terngiang-ngiang di benakku.. “imad bila kau nak berubah X 20” aku memang mendambakan perubahan pada diri aku.


Sudah 26 tahun aku tidur dengan cara ku tersendiri, kekadang aku cuba meniru akhlak-akhlak ustaz yang ku kagumi tapi tidak menjadi ini mungkin kerana kekuatan diriku tidak seutuh beliau yang lebih mengutamakan Hak Allah dari segala-galanya. Belajar menghormati, belajar berdikari dan macam-macam telah ku pelajari tapi aku tetap seperti dahulu. Ku mohon kepada diriku sendiri ku mengharapkan perubahan pada diri dan akhlakku untuk ke berdepan dengan masyarakat yang serba mencabar serta dapat mengharungi hidupku sebagai muslim yang sentiasa berada di landasan iman, taqwa, dan ihsan.


Tiada yang ku inginkan melainkn keredhaan Mu ya Allh..jika ku terlewat untuk mengingatimu sedarkanlah aku moga hari-hariku yang mendatang akan diterangi dengan sinar keinsafan dan memperoleh tempat disisi mu… Amin…

28 June 2008


Ummi...Ummi..Ummi..

mmi yaa lahnan a'syaqohu
wanasyidan dauman ansyuduhu
Fikulli makanin adzkuruhu
wa-azhollu azhollu uroddiduhu

Ummi yaa ruuhi wa-hayati
yaa bahjata nafsi wamunaati
Unsi filhadhiri wal-ati... 2x

Allohu ta'aala aushoni
fissirri walau fil i'laani
Bilbirri laki wal-ihsaani... 2x

Ismuki manquusyun fi qolbi
Hubbuki yahdini fi darbi
wadu'a-i yahfazhuki robbiy... 2x

Lega sekali hati ku ini pabila aku bertemu dan berborak dengan beberapa teman aku yang sering menasihatiku….walaupun aku dan dia baru kenal , tetapi cara dia mendekatiku amatlah ku kagumi..tidak kiralah pertemuan kami di dpn mata ataupun melalui ym…dia amat memberikan makna dan erti kehidupan. Ada seorang temanku yang baru sahaja aku kenali nya, walaupun aku sering bertemu dengan nya…tp jarang aku membincangkan hal-hal yang bersifat kepada nasihat. Tetapi….kelmarin…secara tidak sengaja ku bertemu dengannya di suatu kawasan yang agak jauh dari rumah dan berkehendak kepada ku untuk peulang sekalian dengannya kerumah masing-masing yang hanya berjiran.

Pertemuan ku kelmarin membuahkan rasa sesalan dengan apa yang telah lama menapak di memori ku dan ingin ku hapuskan semua sesalan yang telah belaku dan memasukkan simcard baru….moga ku akan menjalani line yang baru dengan signal yang lebih terang dengan mendapat rahmat dan redhomu ya Allah…. Temanku itu menceritakan tentang kisahnya yang amat sedih ketika beliau sedang merangkak dewasa. Menjalani hidup yang serba Dhoif, dicaci dan dihina oleh masyarakat kampong nya sendiri. Hidupnya yang memerlukan kepada ketabahan dan kesabaran yang tinggi dan kini teman ku telah Berjaya ke menara gading kejayaan untuk diri sendiri dan untuk keluarga yang tercinta.

Kisah beliau ku potretkan untuk diriku sendiri dan diri sapa sahaja yang membaca tentang perihal hidup manusia yang hanya mengutamakan wang ringgit dan meminggirkan ilmu agama. Sejak kecil temanku dilahirkan didalam keluarga yang dikatakan dhoif. Kasi pagi makan pagi, teman ku yang dibesarkan dengan keluarga sebegitu sentiasa mengutamakan redho Allah dari redho manusia. Dari kecil menonton perihal ayah yang keluar rumah seawal 4 pagi membonceng ikan untuk dijual di pasar . menunggu pulangnya ayah dan telihat luka dibadan atas sebab jatuh ketika membawa ikan yang berat. Teman ku sentiasa teringat jalur-jalur susahnya kehidupan beliau. Usai pulang dari sekolah, mengambil upah orang kampong untuk mencuci pinggan, mencuci rumah untuk mendpat kan rzqi yang halal untu diberikan separuh buat ibunya dirumah. Walaupun susah hidup nya tetapi pelajaran tidak pernah dilupakan. Sehingga usai sek. Men agama. Beliau melanjutkan ke kolej dalam bidang agama dan mendpt wang pinjaman. Dengan wang pinjaman itu la beliau menampung keluarga beliau sendiri selepas ayahnya kembali menemui Allah Yang Esa ketika beliau sedang kuliah. Setiap kali pengeluaran wang bulanan dari pinjaman itu sentiasa dia utamakan utk ibunya.

Kini temanku sudah Berjaya. Dan bergelar seorang ustaz yang dipandaang tinggi oleh masyarakt kmpungnya yang dulu sering menghina dan memperlekehkan nya. Hidupnya dulu yang susah menjadikan dia kini seorang yang sedar akan siapa dirinya. Dulu dia tidak berwang dan tidak berilmu. kini sebaliknya. Setiap kali tazkirah diberikan di masjid kampong itu, beliau akan menyentuh tntg kisah hidupnya secara tidak terang didpan org kampungnya sehingga menitiskan air mata beliau. Berkat Doa ibu lah yang mmbuatkan beliau sentiasa dipayungi rahmat Allah.



Arrif Nafsaka lil musyahidin…..

aku teringat kata-kata guru ku….ustaz yahya yang merupakan bekas salah seorang Ustaz yang dari orang asia yang pernah mengajar di Masjid Haram…dan kata-kata itu memberi maksud “perkenalkan diri kamu dengan sebenar-benar kesaksian”….kata-kata ini diungkapkan oleh berliau ketika beliau mula-mula mengajar ku dan beliau meminta tiap-tiap murid nya mentaarufkan diri masing-masing selepas dia menyebutkan perkataan diatas

Beliau Seorang yang ku kagumi, warak, siqqoh, dan banyak lagi sifat beliau yang ku kagumi. Beliau di taklifkan untuk mengajar matapelajaran Ahwal assyakhsiah dari kitab Al-usrah wa Ahkamuha fi tasyri’il Islam. Kita ini menerangkan tentang hokum hakam nikah kahwin, bermula dari bab Khitbah(tunang) sampailah ke bab terakhir iaitu bab Iddah bagi seorang perempuan..walau aku blajar kitab ini…tp tidak sempat habis…kekadang aku belajar hanya untuk mencukupkan Muqarrar yang sudah ditetapkan.

Herm…Ramai lagi ustaz-ustazku yang akan kukagumi mereka hingga ke akhir hayat…ustaz Ahmad Abdullah Andunisi, Dr Abdul Aziz Hanafi, Dr Abdullah, UStaz Ahmad Ali, dan ramai lagi. walaupun aku menuntut ilmu dari mereka tp tidak semau ku teladani dan kupraktisi. Aku sedar itu, tp aku hanya insane biasa yang cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri. Kekadang aku rasa bersalah dengan diri aku yang blajar agama tapi akhlak dan tingkahlaku tidak mencerminkan pelajar agama.Moga Allah bukakan hatiku untuk mempraktikkan apa yang ada didada ku

…Amin…

25 June 2008



My Posh Beg

Camne la nak hilang kan seketul posh beg aku ni…huhu..dh abis modal dah nak diet..heheh pas makan vegeta, mkn betik tu pun x jadik2…

Maunya tak boroi perut aku ni …budak umah aku yaitu taro yang rajin sangat dan selalu aje masak nasik dan lauk yang sedap bisa membuatkan aku sentiasa tak tahan dan geeram aje nk makn.kalau x makan rugi. bila makan tu kena la tambah sebab special sangat.kire sikit lagi la nak teng mak aku masak...tau tak taro masak apa kemarin??? masak nasik rempah lauk ayam goreng berempah, mau nya x boroi aku nih,

Ape pun aku mesti tanamkan tekad nak turun kan smpai 65kg. ari tu mase nak dtg sini 64 aje mara kehadapan la, xde sape pun bleh pootong punye my posh bag ni, kekadang rase sayang aje nak buang seketul lemak ni….sebab seketul lemak ni la kenangan aku makan makanan sedap yang dimasak oleh ahli bait aku yakni tarooooo..dan assistant nya q…dan kekadang rasa masakan cuki yang tidak kurang hebatnya dari segi pedaas la…ari tu dia masak sambal. Perghhhh….air mata kuar tp tgk suap aje ke mlut…rase sdp aje..tpi pedas tu yang x tahan…bikin aku perit aje nanti nak membuang..

Pepun team kidu in jambi + Nik koyei is the best fren in the wol…disamaping meng, bangsat, brhim, amir n dag eng..aku akan rindu korang smpai bila-bila…


ViVa ForeVEr

Alhamdulilah bersyukur skali aku hari ni krna masih dipinjamkan nafas dari Nya…..Hari ni terasa sgt2 nak berkalam cerita dgn diri sendiri ..entah kenapa …rasa berat untuk menulis…tp teringin sgt untuk baca cerita sendiri..hurm..


Teringat aku kembali tarikh keramat dlm hidup aku yang hanya tercipta pada tanggal 19 juni 2008 moga tarikh ini akan senantiasa segar dlm zihni ku. Yang ku risau karana kebiasaan aku sering lupa tarikh penting dalam hidup aku. Tarikh lahir emak, ayah, apa saja yg perlu aku ingt …tp aku tak ingat kuharapkan tarikh ini yang ku rasa amat penting bagi aku dan moga Allah bisa membantuku kuatkan kembali ingataku Amin. Pentingnya tarikh ini karena telah lama aku bersusah payah untuk mengejar satu kejayaan yang diinginkan oleh ibu dan ayahku…


kuTerleka sejenak mengenangkan urusan disini sungguh merepotkan aku sepanjang kuliah di IAIN, mungkin inilah Ujian Allah untuk hamba nya, untuk melihat betapa sedikit kudrat hambaNya. Bukanlah Dia hanya mengharapkan kita beribadah pada saja tp Dia juga mengesa kita supaya penuhi idup kita dengan dengan sesuatu pekerjaan yang mengajarkan kita erti kesabaran dan ketekunan, moga pengalaman yg kukutip bersama anak-anak malaysia Indonesia disini ku jadikan pengajaran, amik yang cun dan tauk yg belemoih


Viva, itulah kata emma maria teman aku yang baru usai Master nya di ukm . yang mana bermaksud persidangan thesis. Entah betul atau tidak maksud nya ..MUnaqoshah dalm bahasa arab. Ku rasakan getaran kuku ibu jari sebelum bersidang tidak terkata. Aku dikelilingi bersama tiga penguji iaitu Dr Haris, Drs Ibnu Katsir dan Pak Yusuf M.A..golongan cerdik pandai yg menjawat jawatan dosen dan bekas pembantu rector di Iain. Tidak lah mudah seperti yang difikirkan untuk menjawab soalan yg diajukan kerana mereka benar-benar arif dan bijaksana. Getaran hati aku membuatkanku sentiasa melingkari bibirku dengan selawat Nariyyah yaitu Pesanan dr Dr. Aziz Hanafi kepada ku sebelum datang menuntut ilmu di Indonesia. Kata nya, selawaat ini lah yang menjadi penguat beliau mengharapkan pertolongan Allah ketika beliau hendak membentangkan thesis PHD nya ketika di Universiti Islam tertua di Dunia yaitu University Al-Azhar Mesir. Dan beliau merupakan pelajar terbaik dengan memperoleh Syaraful Ula yaitu Kepujian KELAS PERTAMA.


Alhamdulillah ku usaikan viva ku dengan pointer yang agak memuaskan aku kalau dilihat dri hasil kerja aku. Aku harapkan niatku untuk melanjutkan pelajaran ku selepas ini tidak terbantut dengan masalah-masalah ataupun ujian-ujian dariNya. Dan moga ia menjadi penguatku untuk mengejar dan menuntut ilmuMu Ya Allah..Amin Ya Rabb

23 May 2008


Persahabatan...

Ulama dan dan sastrawan telah berbicara tentang persahabatan sebagai sebuah faktor yang dapat membahagiakan manusia dalam hidupnya. Sebab persahabatan tida dapat dihindari oleh manusia, karena manusia adalah makhluk social.

Ulama yang sering menjelaskan tentang persahabatan adalah Abu Hasan Al-Bashri dalam kitabnya Adabuddunya Waddin. Beliau berkata “sesungguhnya faktor persahabatan ada lima

perkara iaitu :

  1. agama
  2. nasab
  3. hubungan perkahwinan
  4. kasih saying
  5. kebaikan

Beliau berbicara tentang persahabatan yang diceritakan oleh Al-Kindi dengan perkataannya “ Sahabat adalah manusia yang ia adalah kamu, namun ia bukan dirimu”.Beliau menyarankan untuk pandai-pandai memilih teman.

Dalam hal ini Uday bin Zaid berkata
: janganlah bertanya tentang seseorang, namun bertanyalah tentang temannya
:
seseorang akan mengikuti perbuatan temannya
: jika engkau berada dalam satu kaum, maka bertemanlah dengan orang pilihan mereka
: dan janganlah berteman dengan yang paling jelek sehingga engkau menjadi jelek bersama orang yang jelek.

Sahabat dipilih karena memiliki otak yang pintar atau mempunyai agama kuat mengajak kearah kebaikan atau karena ia berakhlak baik.

Wallahu A'lam